Sunday, 11 December 2011

yey!! Buah Zuriat dan Serbuk Bunga Kurma dah Sampaiiiii

Last..jalan2 kat blog orang..tiba terpandang pasal artikel buah zuriat dan serbuk bunga kurma..ramai dah berjaya mengandung..Seorang Budiman meniaga buah zuriat dan serbuk bunga kurma. laju je email kat blogger tu..x sampai sejam..dia balas email..trus ari Isnin dah sampai parcel tu..

ALHAMDULILLAH. mudahnya urusan  jual beli dengan Blogger itu..Semoga Allah memberikan rezeki yg luas buat beliau sekeluarga. Bukan senang nak pesan kat saudara atau sahabat handai yg pergi haji atau umrah..kadang2 segan kan. Nasib ada yg menjual produk ni...

Seronok bukan main dapat tgk buah Zuriat ngan Serbuk Bunga Kurma..berangan jap..hehehe..Semoga Allah permudahkan Saya dan Suami untuk menimbang zuriat sendiri. Amin.

Sabtu lepas kami layan Ombak Rindu..syiok2..patut tonton.. :D




Oh ya..saya nak tayang jap anak2 kucing saya yang super aktif..bukan main seronok lagi dapat masuk dalam bilik.haha.


Tuesday, 6 December 2011

Buah Delima dan Kesuburan

dah 3 hari makan buah delima..kata orang buah ni byk sekali khasiat dia..salah satu..mencantikkan rahim dan kulit..anti penuaaan lagi..jom kita mkn sebiji sehari.

Sunday, 4 December 2011

Suhu Asas Badan - BBT


Masa dok jejalan kat web Alam Hamil..saya terjumpa keterangan ni..Ini untuk panduan bg sapa2 yg tanya pasal BBT yg saya buat sebelum ni.
Terdapat banyak cara untuk mengetahui kesuburan anda. Salah satunya ialah melalui catatan suhu badan asas anda atau BBT (Basal body temperature). Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil, mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.


Cuba ambil suhu badan sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Letakkan termometer didalam mulut selama 5 minit dan buat cacatan.Mulakan pada hari pertama anda haid. Catatkan setiap hari dan beri perhatian pada pertengahan bulan. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah selsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah selsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah selsius Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.
Perhatikan juga tanda-tanda ovulasi lain seperti, lendir vagina yang lebih melekit sedikit, rasa senak pada ari-ari dan pendarahan kecil dari faraj.

Saturday, 3 December 2011

Macam nak demam

Sejak ambil Biodex secara teratur dan disiplin. badan agak terasa ringan, bertenaga perut sedikit kempis..dan yang paling mengembirakan tanda tanda ovulasi yan biasanya selalu di senaraikan dalam internet dan blog2 kehamilan lain, wujud  dalam bulan ni..Sebelum ni jarang dapat dikesan. Kali ni, jelas lagi nyata.

Kalo diikutkan, waktu subur lagi 3 hari lagi..ermm..sedikit musykil kan..camna tu? ni tanda -tanda ovulasi yang saya copy n paste. Jom Sama-Sama Baca!! :)

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.

Fakta utama ovulasi

  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.

    Wednesday, 30 November 2011

    Salam Ceria..kembali bersama Biodex ^__^

    Produk Biodex saya beli masa Cik P muncul
    Frust dengan Cik P yang hadir last week.. Trus kembali beli Biodex setelah lama berenti amik biodex..tp kali ni cuma beli Supreme Diet,
    Liquid manja Prune, Noni dan Skyherbs Honey.

    Supreme Diet saya amik flavour buah buahan..sedap dan mengenyangkan..mkn 1 jam sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam.. 2 kali makan dalam 1 hari.. tujuannya untuk membesarkan saiz terlur yg dikeluarkan dan menyuburkan..kata stokis biodex tu arr.. nasihat saya jgn amik SD selepas mkn..nanti korang GEMOK!!

    Liquid manja prune la..sedap sangat..cam air buah anggur..hehehe..minum waktu petang pukul 4 petang.. tujuan untuk melekatkan dan membersihkan usus kita. Apa yg saya rasakan..perut saya semakin kempis..time membuang tu rasa lawas :)) Miss V lak x kering time bersama..aww..Baik korang cuba..

    Noni kita kulum cam gula2 diwaktu pagi..sebelum sarapan.. sebelum ni x penah amik noni..tu x jadi kot..menderhaka..sekarang mau ikut betul2.hehehe..

    Sky herbs honey utk Cik Husband..paksa dia makan dua kali sehari.dia pun cakap sedap cam madu.hahaha

    Folic Acid beli kat farmasi..makan sebiji sehari sebagai langkah persediaan untuk hamil.

    Aktiviti mencatat suhu badan dan kira2 hari subur tetap diteruskan..mengikut kiraan.. 8/12/2012 ni hari subur saya..jadi 5/12/2012-11/12/2012 dinasihatkan untuk diri sendiri supaya "aktif"

    Harap2 rakan2 diluar  sana boleh kongsi pendapat anda ^__^


    Wednesday, 16 November 2011

    Alahai Diriku

    Salam Semua. 
     X sabar nk tunggu result bulan ni..lagi 4 hari lagi Next Expected Period..huhuhuh...serammm...Sebelum ni dah selama 3 tahun telan acid folic, biodex..tp result..hampa setiap bulan..
    Kali ni siap dah kira betul2  hari ovulation..haaaa...siap download app dr iphone..namanya Maybe Baby..siap tolong kirakan waktu ovulate..senang sikit utk saya yg blurr dlm kes kira mengira ni..hehe..harap2 berjaya kali ni...tp acid folic tetap diteruskan.
    Apa yg saya perasaan kali ni..tidak seperti lain2 bulan sebelum ini adalah. Sakit pada payudara bila disentuh tu ada..sebelum ni x penah lak..ke hormon ku yg x stabil..Wallahualam..huhu. rasa meloya selepas makan pun ada..BBT chart juga menunjukkkan suhu badan meningkat..huhu..harap2 ada rezeki la kali ni.. ^__^